Popular Posts

Wednesday, 23 October 2013

Fungsi-fungsi Gadjet Yang terdapat Di dalam Blog Anda

 

1. Video Bar- akan memaparkan beberapa klip Youtube untuk pembaca blog anda tanpa perlu buka halaman baru

 

2. Poll – membolehkan kita memantau pelawat blog kita

 

3. Link List – memaparkan laman web.halaman atau blog kegemaran anda untuk pelawat blog anda.


4. List – tambahkan senarai buku,filem atau apa-apa kegemaran anda.


5. Feed – tambah maklumat daripada RSS atau Atom


6. Newsreel – memaparkan tajuk terkini daripada Google News ke dalam blog anda.


7. Labels – menunjukkan semua label post dalam blog anda


8. Subscription Links – memudahkan  pelawat ‘subscribe’ blog anda dengan pelawat yang popular.


9. Logo – tunjukkan penghargaan Blogger anda dengan menambahkan logo dalam ‘page’ anda.


10. Profile – memaparkan maklumat tentang diri anda kepada pelawat blog anda.








Tuesday, 22 October 2013

Tutorial Untuk Meletakkan Gadjet Di Blog

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum

Hye semua... post kali ni saya nak share something pasal blog. Bila kita dah jadi blogger ni kenalah belajar banyak benda. Bila dah belajar ilmu tu elok lah kita sebarkan. Betul tak? Nak share benda simple dan mungkin ramai dah tahu buat. Tapi yang belum tahu boleh cuba.

1.   Langkah pertama,klik button ‘Design’ yang berada pada bahagian atas blog kita
   

1.       Selepas ianda klik button tersebut,akan keluar di dalam komputer anda paparan seperti di bawah,dan anda hanya perlu klik pada button ‘Layout’ yang berada pada bahagian kiri blog anda.

 

1.       Setelah itu,anda perlu klik pada button ‘Add a Gadget’ seperti gambar di bawah.

 

1.       Selepas itu,komputer anda akan menunjukkan paparan senarai gadjet untuk dipilih. Sebagai contoh saya memilih gadjet ‘Video Bar’.  Anda perlu menekan ikon + pada bahgian kiri blog anda seperti gambar dibawah.

 

1.       Setelah itu,akan muncul dipaparan komputer anda  seperti gambar di bawah. Anda perlu mengisi ruang kosong yang disediakan. Setelah selesai,anda perlu klik pada button ‘Save’.

 

1.       Setelah itu,anda perlu klik pada button ‘Save Arrangement’.


Selepas itu,anda bolehlah klik pada button ‘View Blog’ seperti gambar dibawah.

 


 Inilah hasil gadjet yang telah dimasukkan dalam blog anda.

 

1.       Sebagai tambahan,untuk menggunakan gadjet tersebut,anda hanya perlu klik pada gambar tersebut ,selepas itu akan muncul imej seperti di bawah.

 

1.       Sekian sahaja tutorial untuk meletakkan gadjet di blog anda.











Saturday, 22 June 2013

Istimewanya Bahasa Arab

Bahasa Arab begitu dekat di hati umat Melayu dan hampir 1,700 patah perkataan Arab telah diterimapakai di dalam bahasa Melayu sejak awal kedatangan Islam di dunia nusantara. Bahasa Arab sudah sebati dan menjadi darah daging umat Islam dulu, kini dan selamanya di mana hampir setiap hari mereka akan mendengar dan bertutur di dalam bahasa Arab tanpa disedari. Buktinya ialah setiap hari kita diwajibkan bersembahyang yang mana bacaan dan doa di dalamnya adalah di dalam bahasa Arab manakala kita juga akan mendengar laungan azan dan iqamat setiap kali tibanya waktu sembahyang yang juga di dalam bahasa Arab.

Lebih unik lagi bagi umat Islam, perkataan pertama yang didengar sejurus selepas dilahirkan ke dunia ialah azan dan iqamat yang menandakan kecintaan kita terhadap bahasa Arab telah diterap sejak masih bayi lagi. Kajian Syed Muhammad Naquib Al-Attas pada tahun 1984 mendapati bahawa selain perkataan Arab yang diserap ke dalam bahasa Melayu, tulisan Arab juga diambil secara keseluruhan dan dijadikan tulisan bahasa Melayu. Ketinggian dan keistimewaan bahasa ini telah diakui dan dibuktikan oleh pakar-pakar ilmu bahasa (linguisticans), pengkaji bahasa (philogist) dan perkamusan (lexicographer) Barat. Bahasa Arab dianggap sebagai bahasa yang telah lama mempengaruhi iklim bahasa dunia dan membantu kepada perkembangan tamadun manusia serta menjadi dinamo yang telah berjaya merubah dan membentuk keperibadian struktur sesebuah negara bangsa.

Kitab al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk disampaikan kepada seluruh umat manusia juga adalah di dalam bahasa Arab dan seluruh umat Islam digalakkan membaca, memahami, menghafal, mengikuti segala ajaran dan melaksana serta menterjemahkan segala panduan di dalam kehidupan seharian. Membaca al-Quran seolah-olah kita sedang berdailog dan berkomunikasi dengan Allah s.w.t secara live, satu pengalaman yang amat unik dan perlu dijadikan amalan harian umat Islam. Realiti ini menjadikan bahasa Arab mampu melonjak corak dan tahap pemikiran manusia yang lebih holistik, komprehensif dan membentuk satu anjakan paradigma ke arah menjadi individu yang versatil dalam menangani suvival semasa umat Islam.

Dengan menguasai bahasa Arab juga akan memudahkan kita mendalami intipati dan pengertian al-Quran, hadis Rasulullah dan kitab-kitab muktabar para ulama silam yang kebanyakannya ditulis di dalam bahasa Arab. Kemahiran bahasa Arab juga membolehkan kita memahami maksud setiap bacaan di dalam sembahyang, doa-doa, wirid, zikir dan sebagainya di mana sebahagian besar umat Islam tidak tahu pengertiannya walaupun sudah berpuluh tahun mengamalnya hatta ada yang tidak tahu pengertian doa iftitah dan qunud yang dibaca setiap hari dalam sembahyang. Kejahilan dan kelemahan umat Islam mendalami bahasa Arab akan hanya mewujudkan sebuah masyarakat tidak kreatif, kurang dinamik dan pak turut yang hanya menuturkan sesuatu yang tidak difahami seumpama burung kakak tua yang bijak berbicara. Oleh yang demikian, umat Islam perlu mencari jalan memahami dan mendalami bahasa al-quran ini sebaik mungkin.

Bahasa Arab adalah bahasa umat Islam dan bahasa syurga. Dengan jumlah umat Islam yang kini mencecah 1.6 bilion orang di seluruh dunia, membuktikan bahasa ini diucapkan setiap hari di dalam amalan ritual dan muamalah umat Islam secara global. Kebolehan berbahasa Arab membolehkan kita berkomunikasi dengan saudara seislam di seluruh dunia terutamanya di negara-negara Arab dan dapat mengenali mereka secara lebih dekat serta mengikat silatulrahim sesama umat Islam. Dalam konteks dunia Melayu pula, bahasa Arab digunakan secara meluas sejak awal kedatangan Islam dan kemuncaknya ialah pada era kegemilangan Kerajaan Melaka sehinggalah ke hari ini di mana bahasa ini digunakan di dalam pelbagai aspek dari sudut ekonomi, sosial, politik, diplomatik hatta di dalam amalan mistik dan jampi serapah pun bahasa Arab banyak digunakan terutamanya di dalam perubatan tradisional dan alternatif.

Bahasa Arab juga mempunyai nilai komersial yang tinggi dan berdaya saing serta mampu menandingi bahasa dunia lain seperti bahasa Inggeris, Perancis, Rusia dan sebagainya. Nilai ekonomi yang terdapat pada bahasa Arab membolehkannya diiktiraf sebagai salah satu bahasa utama dan terpenting di dunia serta telah menarik ramai orang mempelajarinya. Bagi umat Islam, bahasa Arab adalah bahasa perpaduan dan penyatuan. Walaupun tidak semua negara Islam menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa rasmi, namun begitu bahasa Arab tetap memainkan peranan penting di dalam sistem pemerintahan negara dan struktur masyarakat terutamanya di kalangan negara anggota OIC. Melalui medium bahasa Arab juga negara Islam diseluruh dunia dapat mewujudkan kerjasama dan perkongsian ekonomi, teknologi, ketenteraan, pendidikan dan sebagainya secara yang lebih akomodatif dan progresif bagi mendepani segala anasir-anasir negatif yang boleh mengganggu-gugat kestabilan Islam.

Inisiatif kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran memperkenalkan program J-QAF iaitu sistem pendidikan jawi, al-Quran, bahasa Arab dan tulisan Jawi secara yang lebih efektif di sekolah-sekolah rendah mampu memperkasakan penguasaan dan kemahiran bahasa Arab di kalangan rakyat Malaysia, di samping program bahasa Arab yang turut disediakan di peringkat sekolah menengah dan yang lebih tinggi hampir semua institusi pengajian tinggi di seluruh negara adalah momentum positif kepada bahasa syurga ini. Pemikir Islam terkenal, Hassan al-Banna pernah berpesan di dalam wasiat sepuluhnya yang berbunyi " Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam".